Wednesday, September 16, 2015

my story (stpm)


assalamualaikum blog.. selamat hari malaysia!!!!!
hahaha.. lama tak update.. bertahun rasanya.. harini tertiba pulak nak update sesuatu.. fiza now having a great time as a student.. yeahh student STPM.. atas nasihat guru-guru, fiza ambil keputusan untuk ambil STPM..

fiza now ambil STPM dekat sekolah yang baru dibina khas untuk pelajar pra-university STPM.. best2. fiza adalah pelajar second batch di SMK Desa Mahkota, Desa Parkcity, kuala lumpur.. sekolah fiza adalah sekolah yang digunakan waktu perasmian pusat tingkatan 6 haritu.. now fiza dan jadi senior.. uppersix

course yang fiza ambil is sejarah, perniagaan dan ekonomi.. yeahh the subjek is really hard with the assigment, but it's really fun because i can wear smart casual in school.. feel like in asasi or collage.. yeah.. some of my friends go to diploma and so on, but fiza have a strong feeling that STPM will help me to get in to my dream university.. siapa tak nak masuk university yang diidamkan bersama tajaan.. rasanya semua orang nak..

okaylah.. sampai di sini sahaja bebelan fiza.. hope i update selalu..

 xoxo.. love u..


Wednesday, April 9, 2014

surat college


 assalamualaikum.. berhabuk dah blog ni.. ye la, nak update pon mcm x de topic, kalau dulu fiza dah citer pasal fiza sngt sedih dngn plkn, now alhamdulillah fiza lebih tenang dan x kisah dah.. hehehe
bagi yg x tau story apa pasal fiza ckp yg fiza sedih, korang boleh tekan SINI
now fiza lebih nak tumpukan perhatian dngn yang akan datang.. 

today fizah nak citer pasal fiza dpt surat tawaran drpd pelbagai kolej. mcm2 kolej hantar surat.. dari HELP, SUNWAY, TARC sampai la ke international kolej.. tapi fiza tolak sbb fiza nak tunggu upu dulu.. yg terbaru fizah dpt surat dari ICYM (International College of Yayasan Melaka).. fiza pon x tahu mcm mana la diorang ni dpt alamat.. padahal ICYM ni x pernah pon dtng sek buat apa2 program kerjaya.. tapi yg pasti fiza akan tunggu upu dulu.. kolej2 yg hantar surat, tunggu bulan 6 fiza kasi jawapan antara apply or tolak ye.. hehee.. 

sampai disini la fizah bebel.. hehehe.. hope fiza dpt pergi plkn and yg important dapat study di universiti impian fiza.. doakan ye wahai pembaca.. byeee...





Thursday, March 20, 2014

PLKN (WHY????)

assalamualaikum..dah la x update2 ni.. ye la orng jadi penganggur terhormat setelah SPM dah hbs.. cari kerja pun mcm x ada yg sudi nak ambik.. hehehe (padahal cari keje nak kedai buku je) =D


nak share something yg buat fiza x de MOOD langsung even sampai nangis bila dpt tau penempatan plkn.. dulu masa x dpt 1 intake tu x de la rasa mcm ni.. bila check yg penempatan intake 2 tu memang LULUH terus hati ni..

Tahniah. Anda ditempatkan di kumpulan 3. maklumat penempatan akan dimaklumkan kelak
(ayat dlm box merah)



check la benda ni sampai dua tiga kali.. tetap keluar yg sama.. jadi fiza pon dngn muka sebek ckp dkt mak yg dpt intake 3.. terfikir gak napelah dpt intake 3.. dah la nak sambung belaja.. why la bagi intake 3..  jahat sngt ke kat sek..( student minded) hehehe.. dah la semangat nak g plkn.. dia bg last pulak.. memang MOOD hilang terus dan rasa hati nak g plkn ( walaupun pada mulanya x nak pergi..)

p/s: sorry gambo kecik...diakhiri dngn ucapan wassalam reader.. semoga ceria selalu... =D











Saturday, November 30, 2013

Alam Persekolahan

assalamualaikum..
harini nak share pasal fiza dngn member2.. hehehe
kitaorng dah pun menamatkan zaman persekolahan yang bagi fiza membawa sejuta makna..
alam persekolahan adalah alam yang sangat bahagia..
memanglah bila kene pergi sekolah tu kita rasa malas dan sebagainya, but bila dah habis sekolah ni, rasa mcm that is the moment yg korang kene beratur dngn kwn2, gossip(bdk perempuan la selalu buat), borak dngn cikgu and one more thing korang x rasa serabut dngn kerenah kawan2 sebab sekepala..untul now fiza tak tahu nak buat apa.. and rasa rindu dngn kawan2
(fiza melalot jap)
okay, ni gambar kwn2 fiza masa kita orng hangout time spm dan habis spm..




so, sampai sini je lah fiza berbicara(mcm pro je).. 
assalamualaikum..

p/s: yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya..
(have a nice day)

Sunday, September 22, 2013

hadis tentang wanita

assalamualaikum!! hii everyone..
setelah lama tak update disebabkan kesibukan dengan exam dan sebagainya,
harini just nak share benda yg ringkas..


wanita adalah bidadari dunia


HADIS TENTANG WANITA
-Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."
-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
-Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Friday, May 31, 2013

Prinsip di dalam Etika Kerja

Assalamualaikum.. 
setelah lama tidak meng'update' blog di atas kesibukkan, harini nak share something berkaitan dengan etika kerja yang dipetik dari satu buku yang baru sahaja habis dibaca..




LIMA PRINSIP DI DALAM ETIKA KERJA.

1. bersih
2. cekap
3. amanah
4. kasih sayang 
5. bekerjasama

pertama: membuat sesuatu pekerjaan yang bersih daripada rasuah dan penyelewengan
kedua: komitmen iaitu cekap membuat kerja seperti di dalam jawatan kerajaan mempunyai penambahbaikan kualiti untuk cekap di dalam satu kerja. Rasulullah s.a.w telah bersabda:
           
           " sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun "
                                                                                                                  (Riwayat Al- Baihaqi)

ketiga: amanah dalam melakukan pekerjaan yang diberikan
keempat: mengamalkan konsep kasih sayang dalam pekerjaan, dan tidak akan mudah marah dengan kesilapan orang lain.
kelima: membuat sesuatu secara kerjasama walaupun itu bukan tugas kita. 

p/s: setiap manusia harus mempunyai etika yang baik kerana ia boleh meningkatkan kualiti kerja di dalam sesebuat organisasi atau syarikat. jika setiap manusia mempunyai sifat-sifat yang disebutkan tadi maka tidaklah belaku gejala rasuah, penipuan, penyelewengan wang dan sebagainya.


Tuesday, April 2, 2013

~cara meningkatkan motivasi diri~

assalamualaikum
harini nak share tentang cara meningkatkan motivasi diri..





Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri

Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:
Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
Membawa diri untuk mencari ketenangan
Menghabiskan masa dengan hobi
Berkongsi masalah bersama rakan karib
Dan lain-lain.


Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas:


Cara # 1 – Membaca Al-Quran

Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.

Cara # 2 – Berzikir

Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).

Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam

Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.

Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku ada yang mengaturnya.

Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid

Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.

Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu

Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina jaringan, menambah kenalan, berjumpa dengan mentor (ustaz atau ustazah) dan menambah ilmu pengetahuan. Kesemuanya mampu meningkatkan motivasi diri.
Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama

Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.

Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)

Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.

Cara # 8 – Berbuat Kebaikan

Ia kerana memberi kebaikan kepada orang bererti memberi kebaikan kepada diri sendiri.


I LOVE BLOG cahaya illahi