Tuesday, June 26, 2012

ujian terhadap kita




jika kita diberi ujian
ingatlah allah disisi kita
jika kita diberi kesenangan
ingatlah allah ingin kita memanfaatkannya
jika kita mempunyai keluarga
ingatlah pada manusia yang sebatang kara
jika kita fikir kita sempurna
ingatlah bahawa ada manusia yang lebih sempurna dari kita
jika kita tidak sempurna
ingatlah ada yang lebih tidak sempurna dari kita

jika kita kehilangan sesuatu
ingatlah bahawa kita ada keluarga dan allah
jika kita tidak dapat sesuatu
ingatlah kita dapat cinta keluarga dan allah
ingatlah jika kita di uji
itu tandanya allah sayangkan kita..
jadi jangan sedin dan gusar jika kita tidak dapat sesuatu kerana kita beruntung mempunyai keluarga,allah dan rasulullah s.a.w

Thursday, June 14, 2012

perbezaan cinta Allah dan manusia


cinta pada Allah


orang selalu kata
cinta itu buta
apakah cinta itu buta?
atau manusia yang buta
menilai cinta
yang palsu dan dusta
yang nampak
hanyalah indah belaka


bagaimana dengan cinta Allah?
apakah manusia mencarinya?
mencari cinta
yang tak pernah palsu dan dusta
dan semuanya indah

pernahkah manusia berjanji?
tunaikah janji itu?
amanahkah manusia memegang janji
yang pasti janji itu hanyalah palsu

bagaimana dengan janji Allah?
janji untuk seorang hamba
yang soleh dan solehah
yang pasti itulah yang benar


cinta boleh membuatkan kita lupa
kepada pencipta kita
membuatkan kita berada di dunia fantasi
yang menyatakan cinta itu 
bahagia dan kekal selamanya


tetapi sebenarnya
cinta Allah yang kekal selamanya
membuatkan manusia tenang 
membuatkan manusia berasa dijaga
membuatkan kita senang menerima ilmu
itulah hakikat cinta Allah
yang berkekalan hingga kiamat

Wednesday, June 13, 2012

rasa hati ini





serba salah hati ini
menjadikan ku gelisah menanti
cintaku pada sang pencipta
cintaku pada kedua ibu bapa

rasa yang menjalar
biarlah berlingkar
di hati yang gersang
memerlukan cahaya
sang pencipta

indahnya malam
seindah ciptaan-Nya
mampukah aku bangkit
berhubung dengan pencipta
di kala rasa mengantuk menjalar

wahai hati ini peliharalah 
seperti sang pencipta
memeliharamu
kuatkanlah hatiku ini
agar tidak tewas
dalam dunia yang penuh
dengan tipu daya ini


Saturday, June 9, 2012

coretan hati seorang sahabat




Setiap orang melakukan kesalahan
mampukah aku memaafkannya?

Selama ku berkawan
adakah hatiku menjadi rawan?
sepikah hidupku tanpa kawan?
aku hanya mampu mengungkapkannya
tetapi hati tetap pilu mengenangkannya

Cintakah aku pada kenangan?
kenangan bersama sahabat
dimanakah rasa hati
apabila bertemu tidak seperti kunanti
tiada bicara dibibir
tiada kata gurauan yang menceriakan hati
tiada kata motivasi yang membangkitkan semangat
cuma kata khabar

Adakah dia membenciku?
adakah dia tidak ingin berteman denganku?
adakah aku bukan sahabat yang baik?
untuk dirinya...

Mungkin aku belum bertemu
sahabar yang baik cirinya
sahabat yang baik budi pekertinya
sahabat yang saling sayang menyayangi
sahabat yang sampai akhirah
insyaAllah akan kujumpa
sahabar seperti itu...
suatu hari nanti....
I LOVE BLOG cahaya illahi