Friday, February 15, 2013

kerenah anak buah ^^

assalamualaikum..
bila diberi kesempatan semestinya nak mencoretkan sesuatu..
sepanjang minggu ni busy sangat..almaklumlah, kena jaga anak buah yang berderet-deret..
hehehe..memang pada mulanya memang x dapat tahan kesabaran..tapi bila muhasabah diri balik
akhirnya bersabarlah dengan kerenah anak buah yang minat ultraman, upin ipin dan spiderman..
last2 nak kasi duduk diam, bukak la lagu anak arab tajuk baba telephone..
ada ke patut siap cakap cominya anak arab tu...

P/S: dia terus ajuk budak arab nyayi...asalkan x buat seah dan bising...
kepada ibu bapa, sabar dan jngn pukul pukul anak.. biarkan diorang menerokai dunia diorang sendiri...

Wednesday, February 13, 2013

cinta high class & cintaku kerana agamamu- Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi







assalamualaikum 
harini admin nak share pasal satu buku yang bagi  admin buku ni memberi manfaat kepada admin dan pembaca yang ingin mengenali cinta high class...
buku ni pada mulanya admin tak pernah pun nak baca atau ambil tahu..bila kakak admin cakap yang buku ni bagus, admin siasat dekat mr.google pasal buku ni..
dan yang bestnya isi kandungan buku ni sangat bermanfaat.. mungkin bagi orang yang dah berkahwin.. tapi bagi admin isi buku ni bermanfaat untuk admin ubah jodoh admin kepada jodoh yang lebih baik dengan memperbaiki diri sendiri..
buku ni jugak mengajar admin untuk berhati-hati dalam melakukan pelbagai perkara yang melibatkan diri kita, pelajaran, masa hadapan dan keluarga

pada yang belum ada buku ni admin bukan nak buat promosi, tetapi hanya ingin memberitahu bahawa buku ni sangat bermanfaat dan menarik..

p/s: mungkin buku ni patut ada bagi setiap remaja sekarang dan suami isteri ^^

Monday, December 31, 2012

tutup aurat boleh mengelakkan kanser kulit

walaupun menutup aurat tetap boleh berfesyen

assalamualaikum..tadi masa tengah mengemas barang2 dalam bilik, terjumpa satu artikel pasal tutup aurat.. insya Allah memberi manfaat kepada semua..

sebenarnya memakai pakaian yg menutup aurat meletakkan wanita sebagai seorang yang menjaga harga diri sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh dari lelaki. sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. begitu juga umat yang sentiasa meutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang kerap menghinggapi wanita yang sering mendedahkan diri atau aurat mereka kepada cahaya matahari. pada tahun 1998 sahaja, seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit jenis 'sguamous cell carcinoma'. nisbah kemungkinan manusia khasnya wanita dihinggapi penyakit kanser kulit berwarna atau 'melanomia' di Amerika Syarikat ialah setiap 75 orang maka seorang terkena penyakit tersebut. setiap arahan Allah ada hikmahnya yang tersendiri untuk kebaikkan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. islamlah nescaya kita hebat dan sihat. firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu:

Maksudnya: dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Iajuga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.


p/s: jika saya salah, maafkanlah saya..saya hanya rujuk satu artikel yang berada dalam simpanan saya..

Saturday, December 1, 2012

sesekali aku silap..

 sesekali aku silap
tegurlah daku
ini kerana
aku hanyalah manusia
yang membuat salah
yang banyak membuat dosa..

sesekali aku silap
bimbinglah aku
ke jalan yang benar
agar aku bisa kembali
ke jalan yang diredhaiNya

sesekali aku silap
harap kau maafkan aku
walau apa pun salahku
agar aku tenang menjalani kehidupan...

p/s: kepada para pembaca, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca entri saya ini...

Tuesday, September 18, 2012

~Khas Buat Wanita~

   


      ku hadiahkan kepadamu ....
      wahai wanita yang telah meredhai Allah S.W.T sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad SAW sebagai RasulNya.
   
      ku hadiahkan kepadamu ....
      wahai wanita yang meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran.
   
      ku hadiahkan kepadamu ....
      wahai murabbiyah ( wanita pendidik) yang berjuang dengan kalimahnya, memelihara norma-normanya dan membersihkan dirinya.
   
       ku tujukan pula pada setiap ibu yang mendidik anak-anaknya untuk bertaqwa, menumbuhkan mereka dengan amalan sunnah Nabi dan yang menanam cinta kebajikan ke dalam jiwa-jiwa mereka.
   
       terakir.... ku tujukan kepada setiap wanita yang dirundung kesusahan dan kesedihan .....
      berbahagialah dan bergembiralah dengan jarak yang begitu dekat, dengan bimbingan Allah dengan keagungan pahala dan pengampunan dosa...

Monday, September 17, 2012

~tutup atau buka tingkapnya?~

dua orang perempuan yang duduk bersebelahan di dalam sebuah bas mengeluh dan berbeza pendapat mengenai tingkap di sebelah mereka. perempuan yang satu mengeluh kesejukan dan mahu tingkap itu ditutup, sementara perempuan kedua mengeluh kepanasan dan mahu tingkap itu dibuka. mereka terus berkeluh-kesah dan berbeza pendapat tentang tingkap tersebut. akhirnya mereka meminta konduktur bas itu menjadi pengadil bagi mereka.
            "Kalau tingkapnya dibuka," keluh perempuan pertama, "saya akan terkena angin sejuk secara langsung dan mungkin akan mati kesejukan kerenanya."
            "Kalau tingkapnya ditutup," protes perempuan kedua, "saya boleh kehabisan nafas dan mati kerananya."
             kedua-dua perempuan tersebut saling berkeras dan tidak mahu mengalah.konduktur itu kelihatan bingung, tidak tahu untuk membuat keputusan. seorang pemuda yang duduk betul-betul di depan bangku kedua-dua perempuan tadi menawarkan diri untuk berbicara dan memberikan pandangan. konduktur mempersilakannya berbicara.
             pemuda yang sedari tadi berasa kesal dengan keluh-kesah kedua-dua orang perempuan itu kemudian menyuarakan pandangannya. "mula-mula, buka tingkapnya tuan konduktur," ujarnya dengan nada jengkel, "itu akan membunuh perempuan yang pertama. setelah itu tutup tingkapnya supaya perempuan yang kedua juga mati. setelah itu kita tidak akan pening kepala lagi dengan keluh-kesah dan pertengkaran mereka."

pesanan: sebahagian besar orang tidak suka mendengar keluh -kesah kita. daripada mengeluh dan memprotes hal-hal kecil seperti tingkap yang terbuka atau tertutup, lebih baik kita membuka hati dan fikiran terhadap hal-hal yang positif serta menutup mulut kita rapat-rapat daripada keluh-kesah.

~Sabar Sentiasa Menang~

Sabar merupakan ubat dan jawapan bagi musibah dan kesusahan hidup. ia merupakan tindak balas yang mesti diberikan ketika mengalami masalah dan bencana. jika kita bertindak balas kepada semua itu dengan kesabaran, maka kita akan terhindar daripada kesan buruk, musibah dan bencana tersebut. kesabaran akan menbawa kita pada kebaikan, ketenangan dan kebahagiaan.
I LOVE BLOG cahaya illahi