Sunday, July 8, 2012

kasih seorang ibu




kasih sayang seorang ibu sangat meluas..
apabila anaknya tidur,
diselimutkan anaknya agar anaknya tidak kesejukkan..
apabila disuruh melakukan sesuatu
anaknya berkata "ibu malaslah"
terus si ibu membuat kerja tersebut
tanpa bebelan
tanpa mengeluh
begitulah rutin seorang ibu
yang 24 jam dipenuhi dengan kerja
tanpa ada cuti
tanpa ada rehat yang cukup
hanya untuk
memastikan si anak
dapat hidup seperti anak-anak yang lain..
tetapi si ibu punya satu harapan
iaitu ingin melihat anaknya berjaya dalam hidup
ingin melihat anaknya menghormatinya sebagai seorang ibu
ingin melihat anaknya bahagia di samping suami tersayang
ingin melihat anaknya menjaganya semasa tua
itulah harapan seorang ibu
tetapi itulah kadangkala menjadi bebanan buat si anak
tetapi si ibu bersabar
menanti si anak
walaupun telah banyak jasa si ibu membesarkannya
tetapi si ibu menanti bilakah si anak ingin berbakti kepada ibunya....
wahai si anak
contohilah ibumu
dalam apajua dugaan
ibumu tetap tabah dan sabar...

Wednesday, July 4, 2012

sesuatu perkara ada hikmahnya


Jika kita sedih hanya kerana tidak dapat sesuatu katakanlah pada hati yang Allah menentukan sesuatu yang lebih baik dari itu. Jika kita tidak cemerlang dalam peperiksaan, katakanlah pada hati bahawa Allah menetapkan kejayaan lain buat kita dan kita harus berusaha dari sekarang. sebenarnya hati mudah terpujuk dengan sabar dan kata kata positif. ini kerana jika kita sabar dengan sesuatu dugaan dan bercakap sesuatu yang positif maka hati kita akan cenderung benda yang positif. jika kita memilih untuk berkata sesuatu yang negatif, maka hati kita lebih negatif dari yang kita sangka dengan adanya hasutan syaitan dan hawa nafsu yang salah.
I LOVE BLOG cahaya illahi