Wednesday, July 4, 2012

sesuatu perkara ada hikmahnya


Jika kita sedih hanya kerana tidak dapat sesuatu katakanlah pada hati yang Allah menentukan sesuatu yang lebih baik dari itu. Jika kita tidak cemerlang dalam peperiksaan, katakanlah pada hati bahawa Allah menetapkan kejayaan lain buat kita dan kita harus berusaha dari sekarang. sebenarnya hati mudah terpujuk dengan sabar dan kata kata positif. ini kerana jika kita sabar dengan sesuatu dugaan dan bercakap sesuatu yang positif maka hati kita akan cenderung benda yang positif. jika kita memilih untuk berkata sesuatu yang negatif, maka hati kita lebih negatif dari yang kita sangka dengan adanya hasutan syaitan dan hawa nafsu yang salah.

No comments :

Post a Comment

I LOVE BLOG cahaya illahi