Saturday, November 30, 2013

Alam Persekolahan

assalamualaikum..
harini nak share pasal fiza dngn member2.. hehehe
kitaorng dah pun menamatkan zaman persekolahan yang bagi fiza membawa sejuta makna..
alam persekolahan adalah alam yang sangat bahagia..
memanglah bila kene pergi sekolah tu kita rasa malas dan sebagainya, but bila dah habis sekolah ni, rasa mcm that is the moment yg korang kene beratur dngn kwn2, gossip(bdk perempuan la selalu buat), borak dngn cikgu and one more thing korang x rasa serabut dngn kerenah kawan2 sebab sekepala..untul now fiza tak tahu nak buat apa.. and rasa rindu dngn kawan2
(fiza melalot jap)
okay, ni gambar kwn2 fiza masa kita orng hangout time spm dan habis spm..




so, sampai sini je lah fiza berbicara(mcm pro je).. 
assalamualaikum..

p/s: yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya..
(have a nice day)

Sunday, September 22, 2013

hadis tentang wanita

assalamualaikum!! hii everyone..
setelah lama tak update disebabkan kesibukan dengan exam dan sebagainya,
harini just nak share benda yg ringkas..


wanita adalah bidadari dunia


HADIS TENTANG WANITA
-Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."
-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
-Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Friday, May 31, 2013

Prinsip di dalam Etika Kerja

Assalamualaikum.. 
setelah lama tidak meng'update' blog di atas kesibukkan, harini nak share something berkaitan dengan etika kerja yang dipetik dari satu buku yang baru sahaja habis dibaca..




LIMA PRINSIP DI DALAM ETIKA KERJA.

1. bersih
2. cekap
3. amanah
4. kasih sayang 
5. bekerjasama

pertama: membuat sesuatu pekerjaan yang bersih daripada rasuah dan penyelewengan
kedua: komitmen iaitu cekap membuat kerja seperti di dalam jawatan kerajaan mempunyai penambahbaikan kualiti untuk cekap di dalam satu kerja. Rasulullah s.a.w telah bersabda:
           
           " sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun "
                                                                                                                  (Riwayat Al- Baihaqi)

ketiga: amanah dalam melakukan pekerjaan yang diberikan
keempat: mengamalkan konsep kasih sayang dalam pekerjaan, dan tidak akan mudah marah dengan kesilapan orang lain.
kelima: membuat sesuatu secara kerjasama walaupun itu bukan tugas kita. 

p/s: setiap manusia harus mempunyai etika yang baik kerana ia boleh meningkatkan kualiti kerja di dalam sesebuat organisasi atau syarikat. jika setiap manusia mempunyai sifat-sifat yang disebutkan tadi maka tidaklah belaku gejala rasuah, penipuan, penyelewengan wang dan sebagainya.


Tuesday, April 2, 2013

~cara meningkatkan motivasi diri~

assalamualaikum
harini nak share tentang cara meningkatkan motivasi diri..





Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri

Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:
Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
Membawa diri untuk mencari ketenangan
Menghabiskan masa dengan hobi
Berkongsi masalah bersama rakan karib
Dan lain-lain.


Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas:


Cara # 1 – Membaca Al-Quran

Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.

Cara # 2 – Berzikir

Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).

Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam

Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.

Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku ada yang mengaturnya.

Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid

Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.

Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu

Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina jaringan, menambah kenalan, berjumpa dengan mentor (ustaz atau ustazah) dan menambah ilmu pengetahuan. Kesemuanya mampu meningkatkan motivasi diri.
Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama

Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.

Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)

Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.

Cara # 8 – Berbuat Kebaikan

Ia kerana memberi kebaikan kepada orang bererti memberi kebaikan kepada diri sendiri.


Friday, February 15, 2013

kerenah anak buah ^^

assalamualaikum..
bila diberi kesempatan semestinya nak mencoretkan sesuatu..
sepanjang minggu ni busy sangat..almaklumlah, kena jaga anak buah yang berderet-deret..
hehehe..memang pada mulanya memang x dapat tahan kesabaran..tapi bila muhasabah diri balik
akhirnya bersabarlah dengan kerenah anak buah yang minat ultraman, upin ipin dan spiderman..
last2 nak kasi duduk diam, bukak la lagu anak arab tajuk baba telephone..
ada ke patut siap cakap cominya anak arab tu...

P/S: dia terus ajuk budak arab nyayi...asalkan x buat seah dan bising...
kepada ibu bapa, sabar dan jngn pukul pukul anak.. biarkan diorang menerokai dunia diorang sendiri...

Wednesday, February 13, 2013

cinta high class & cintaku kerana agamamu- Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi







assalamualaikum 
harini admin nak share pasal satu buku yang bagi  admin buku ni memberi manfaat kepada admin dan pembaca yang ingin mengenali cinta high class...
buku ni pada mulanya admin tak pernah pun nak baca atau ambil tahu..bila kakak admin cakap yang buku ni bagus, admin siasat dekat mr.google pasal buku ni..
dan yang bestnya isi kandungan buku ni sangat bermanfaat.. mungkin bagi orang yang dah berkahwin.. tapi bagi admin isi buku ni bermanfaat untuk admin ubah jodoh admin kepada jodoh yang lebih baik dengan memperbaiki diri sendiri..
buku ni jugak mengajar admin untuk berhati-hati dalam melakukan pelbagai perkara yang melibatkan diri kita, pelajaran, masa hadapan dan keluarga

pada yang belum ada buku ni admin bukan nak buat promosi, tetapi hanya ingin memberitahu bahawa buku ni sangat bermanfaat dan menarik..

p/s: mungkin buku ni patut ada bagi setiap remaja sekarang dan suami isteri ^^
I LOVE BLOG cahaya illahi