assalamualaikum
harini nak share tentang cara meningkatkan motivasi diri..
Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri
Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:
Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
Membawa diri untuk mencari ketenangan
Menghabiskan masa dengan hobi
Berkongsi masalah bersama rakan karib
Dan lain-lain.
Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas:
Cara # 1 – Membaca Al-Quran
Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.
Cara # 2 – Berzikir
Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).
Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam
Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.
Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku ada yang mengaturnya.
Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid
Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.
Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu
Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina jaringan, menambah kenalan, berjumpa dengan mentor (ustaz atau ustazah) dan menambah ilmu pengetahuan. Kesemuanya mampu meningkatkan motivasi diri.
Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama
Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.
Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)
Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.
Cara # 8 – Berbuat Kebaikan
Ia kerana memberi kebaikan kepada orang bererti memberi kebaikan kepada diri sendiri.
No comments :
Post a Comment